Sunday, July 31, 2011

Selamat menjalani ibadah puasa.. :)

Assalamualaikum wbt..
Esok dh nak puasa..malam ni dh boleh terawih..
Azam puasa tahun ni:
>Masa bukak puasa,nak makan ala kadar saja..nanti makan banyak-banyak tak sampai makna puasa..
>Kalau pergi bazaar ramadhan,tak nak jadi tamak yang boleh jadik membazir pulak nanti..
>Menjaga lidah dan percakapan macam bergosip2..tamo..tamo..tamo... ;))
>Memperbanyakkan ibadah macam solat terawih,tadarus Al-Quran,berzikir dan berselawat ke atas Nabi..
>Nak cari malam Lailatul Qadar ----> hanya jumpa sekali setahun..
>Banyakkan sedekah dan amalan2 yang lain..
Semoga bukan je untuk bulan ramadhan tapi untuk bulan2 yang lain jugak..Insya-Allah :))

Selamat menjalani ibadah puasa di bulan yang mulia bulan Ramadhan..:))

Thanks to uncle google..


-----Puasa dapat mengajar kita untuk menjadi muslim dan muslimah yang lebih baik-----

Saturday, July 30, 2011

Kami officially graduated... finally :)



Alhamdulillah..segala puji dan syukur kami panjatkan ke hadrat Illahi.. :)
Akhirnya tahun ni dapat jugak ktorg graduated..
Sorang kt UKM dan sorang lg kt UiTM di hatiku... :)
Ini bermakna bermula perjalanan ktorg ke fasa kehidupan dewasa yang lagi satu..
Kerja...Kerja...Kerja..
Pastu Kawin dan bina keluarga..hee ~~ insya-Allah... :)
Oh ye!selain ktorg,ader lagi 3 org dr family ktorg yang graduated tahun ni..dan...universiti yang lain2..
UIA ---> budak ni lah..,USIM,dan Kolej Teknologi Bestari....

------------- Setakat ni je la dulu..hee~~  -------------



 **All the pictures--> thanks to uncle google. :) **

Thursday, November 18, 2010

Santapan di aidiladha..check this out... :)


Inilah makanan wajib kami sekeluarga di aidilfitri & aidiladha. Makanan ore kelate..hehehe.. :)


the making of "roti jala" hehe..
Mari kita cicah roti jala dengan kuah kuzi kat bawah ni..sedapnyer (syok sendiri) hehe..

ini adalah kuah kuzi.. ;)

o.k..itu saja buat masa ni..daaaaa... see you.. :)


Tuesday, November 16, 2010

kisah aku, kisah dia, kisah kami berdua.....

Bermulanya pengembaraan kami bersama sejak di lahirkan lagi. Semenjak baru mengenal dunia dan sejak mata hati baru menterjemah maksud isi sebenar sebuah jalinan kasih sayang.  Penuh dengan suka duka. Mengemudi bahtera lautan persahabatan dalam hubungan ikatan persaudaraan yang telah ditakdirkan oleh Allah swt.  Di sinilah bakal kami tintakan sikit demi sedikit diari sejarah kami bersama. Penuh dengan hujan madu dan tidak kurang juga sisipan sepahit hempedu. Itulah kehidupan kami. Ia tidak jauh bezanya dengan kehidupan insan lain. Tapi bagi kami amat unik kerana walau kami setalian darah keluarga, namun kami bukanlah adik beradik. Kami merupakan persaudaraan di antara ibu saudara dan anak saudara. Hakikatnya, kami tidak menjadikan itu sebagai jarak antara kami berdua, namun pengikat yang lebih utuh dan erat dengan disemai dengan title ukhwah persahabatan.

Itulah kami Nurul Fatihah binti Marzuki dan Nik Asma ‘Ayuni binti Nik Abdullah. Sepasang insan yang menghargai di antara satu sama lain sehinggalah saat sekarang. Walau jarak dan masa memisahkan kami, namun ia tidak menjadi penghalang besar buat kami berdua. Kasih sayang penguat talian persahabatan kami sehingga sekarang. Bukan harta, wang ringgit dan hadiah yang menjadi sogokan dalam persahabatan kami, tapi KASIH SAYANG...



Inilah kisah aku, kisah dia dan kisah kami berdua…..